Wednesday, January 21, 2009

SEMUANYA TAK TENTU

SEMUANYA TIDAK TENTU

Hidup penuh tidak ketentuan
Dosa pahala keputusan Tuhan
Amal ibahdamu dia yang menentukan
Baik buruknya belum di pastikan

Manusia banyak membuat andaian
Kerana jahil dari pengetahuan
Jika salah kerana pengetahuan
Ada cara membuat teguran

Tak payah hebahkan kesalahan orang
Mungkin kitabnya berlainan
Kalau riak dengan amalan
Tuhan pun tahu untuk menilaikan

Amalan ibadah kita tunaikan
Ibarat tugas yang dah diwartakan
Carilah jalan yang sungguh menawan
Supaya ramai mendekati Tuhan

Kerana andaian dari manusia
Banyak yang buruk dari yang bahagia
Ini membuat tersentuhnya jiwa
Menjadi malas untuk bermesra

Ketayap belum di jadikan ukuran
Jubah juga belum menentukan
Serban juga tak menjaminkan
Pada syurga yang di idamkan

Tulus kudus pasti ada
Ilmu ibadah harus juga
Nasihatkan manusia harus berpada
Mungkin ada yang terluka...............


Hang Mokhtar-PUJ 2009

Saturday, January 10, 2009

KEBANYAKAN PEMUZIK / PENYANYI KECUNDANG DI HARI TUA

Memilih muzik dan menyanyi sebagai karier adalah satu perjudian untuk menghadapi masa tua.Melainkan pemuzik di dalam sesebuah orketra atau kumpulan di bawah naungan kerajaan.Mereka ini berpendapatan tetap walau pekerjaannya secara contract.Disini saya masih tidak mengerti mengapa masih lagi pemuzik pemuzik ini masih lagi bekerja secara contract walau pun di bawah naungan Kementerian.Mereka masih menganggap kerja muzik ini adalah satu kerja tempilan .

PERANAN MUZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Cuba kita bayangkan jika hidup ini tanpa muzik.Jika didalam satu perayaan negara tanpa pemuzik.Jika radio tanpa muzik,jika wayang tanpa muzik bayangkanlah.Jadi mengapa di kelas keduakan anak anak muzik ini?Jika kita anggap muzik itu melalaikan itu terpulang pada caranya tetapi jika sudah jadi pekerjaan saya rasa patut bekerja keras.

ADAKAH MENJAMIN MASA DEPAN

Jika memilih muzik atau menyanyi sebagai profession sasaorang itu mesti ada rasa untuk mempertingkatkan lagi profession muziknya.Contohnya saorang pemuzik boleh tingkatkan lagi pencapaiannya dengan menjadi muzik programmer,muzik arranger,composer,guru muzik yang mana ini lebih menjaminkan masa depan.Tetapi jika semata mata untuk bermain muzik sahaja ini akan menghuruharakan masa depan kita kerana bermain muzik ini hanyalah sesuai di jadikakan kerja sampingan...............akan di sambung