Sunday, June 14, 2009

MUZIK UNTUK MAJLIS CONTACT HANG MOKHTAR 0133634323


Untuk menhiburkan anda di majlis makan malam,perkahwinan dan apa saja majlis yang sesuai sila hubungi Hang Mokhtar 0133634323.Oneman atau beserta penyanyi perempuan.Check my youtube:hangmokhtar48.

Sunday, June 7, 2009

BERSAMA PAK AZIZ SATTAR DI RTM 05.06.09


Bertemu dengan Pak Aziz Sattar baru2 ni di RTM
Masih sihat menjangkau 80 an.

Tuesday, March 31, 2009

BERSAMA PENYANYI LAGENDA ISMAIL HARON


Bertuah dapat bergambar bersama penyanyi lagenda Ismail Haron di Jamuan Perjumpaan Pemenang Penyanyi Nostalgia di Klasik National.Seram bulu roma bila dia menyanyikan secara live lagu Ilham Pujangga.Syabas you"re still fantastic bro!!!!!!!
31 March 09

Sunday, March 29, 2009

BERITA KEMATIAN


Inilah berita kematian yang ku terima pada hari jadi ku yang ke 61.

BERSAMA KAWAN TAMAN BUDAYA


Jumpa kembali sahabat lama semasa di Taman Budaya dolu2
Dari kiri:-Enon,Ina,Tak ingat,Sonny Muthu,Hang Mokhtar,
Mariam,Selvi,dan Lela

Saturday, March 28, 2009

KU TEMUI UJI

Sejak beberapa tahun baru ke temui UJI Rashid kembali di Taman Budaya baru2 ini.Kami bersama di Taman Budaya tahun 70an.Aku doakan selamat sejahtera dan harapan ku pada UJI gunakanlah sisa2 populariti yang ada untuk menempuh sisa2 hidup ini.Hari makin lama makin petang .Ku doakan supaya selamat selalu.

BERSAMA ENON


Saorang lagi sahabat yang ku temui ialah Zainun.Enon ialah salah saorang penari Taman Budaya tahun 70an.

APA KHABAR HASNAH..............


Baru2 ini bersua dengan sahabat lama ku Hasnah Karim.Kami dulu bersama di Taman Budaya tahun 70an.Masih manis walaupun dah habis "gas".

Wednesday, January 21, 2009

SEMUANYA TAK TENTU

SEMUANYA TIDAK TENTU

Hidup penuh tidak ketentuan
Dosa pahala keputusan Tuhan
Amal ibahdamu dia yang menentukan
Baik buruknya belum di pastikan

Manusia banyak membuat andaian
Kerana jahil dari pengetahuan
Jika salah kerana pengetahuan
Ada cara membuat teguran

Tak payah hebahkan kesalahan orang
Mungkin kitabnya berlainan
Kalau riak dengan amalan
Tuhan pun tahu untuk menilaikan

Amalan ibadah kita tunaikan
Ibarat tugas yang dah diwartakan
Carilah jalan yang sungguh menawan
Supaya ramai mendekati Tuhan

Kerana andaian dari manusia
Banyak yang buruk dari yang bahagia
Ini membuat tersentuhnya jiwa
Menjadi malas untuk bermesra

Ketayap belum di jadikan ukuran
Jubah juga belum menentukan
Serban juga tak menjaminkan
Pada syurga yang di idamkan

Tulus kudus pasti ada
Ilmu ibadah harus juga
Nasihatkan manusia harus berpada
Mungkin ada yang terluka...............


Hang Mokhtar-PUJ 2009

Saturday, January 10, 2009

KEBANYAKAN PEMUZIK / PENYANYI KECUNDANG DI HARI TUA

Memilih muzik dan menyanyi sebagai karier adalah satu perjudian untuk menghadapi masa tua.Melainkan pemuzik di dalam sesebuah orketra atau kumpulan di bawah naungan kerajaan.Mereka ini berpendapatan tetap walau pekerjaannya secara contract.Disini saya masih tidak mengerti mengapa masih lagi pemuzik pemuzik ini masih lagi bekerja secara contract walau pun di bawah naungan Kementerian.Mereka masih menganggap kerja muzik ini adalah satu kerja tempilan .

PERANAN MUZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Cuba kita bayangkan jika hidup ini tanpa muzik.Jika didalam satu perayaan negara tanpa pemuzik.Jika radio tanpa muzik,jika wayang tanpa muzik bayangkanlah.Jadi mengapa di kelas keduakan anak anak muzik ini?Jika kita anggap muzik itu melalaikan itu terpulang pada caranya tetapi jika sudah jadi pekerjaan saya rasa patut bekerja keras.

ADAKAH MENJAMIN MASA DEPAN

Jika memilih muzik atau menyanyi sebagai profession sasaorang itu mesti ada rasa untuk mempertingkatkan lagi profession muziknya.Contohnya saorang pemuzik boleh tingkatkan lagi pencapaiannya dengan menjadi muzik programmer,muzik arranger,composer,guru muzik yang mana ini lebih menjaminkan masa depan.Tetapi jika semata mata untuk bermain muzik sahaja ini akan menghuruharakan masa depan kita kerana bermain muzik ini hanyalah sesuai di jadikakan kerja sampingan...............akan di sambung