Tuesday, December 9, 2008

Bersama Siti Fairuz


Bersama Siti Fairuz di jamuan Pak Ku baru baru ini.

Condo Impian Selatan di Bukit Antarabangsa

Nun di hujung sana kelihatan Condo Impian Selatan yang telah ku diami selama 12 tahun.Impian Selatan terlibat dalam perpindahan dan telah di wartakan sebagai kawasan merah(merbahaya).Hanya 6 meter sahaja jaraknya dari banglo yang diseret air lumpur dari atas,tapi walau macam mana pun alhamdulillah kami selamat.Sekarang hanya tinggal impian saja
belum tentu kami boleh balik atau tidak..........amiiin.

Thursday, May 15, 2008

BERSAMA MAT OVER


Bersama Mat Over (Pelakun dan penyanyi terkenal) dengar cerita album barunya boleh dijual .Teruskan Mat.......Alhamdulilllah

BERSAMA AKHBAR NAWAB


Bersama Akhbar Nawab di studio Radio Klasik National 14.05.08

BERSAMA A.ALI


Bersama composer A.Ali (sekarang menetap di JB)

Tuesday, May 13, 2008

WITH TAMIMI SAREGAR

Sahabat lama di KBN dulu saorang pelakun terkenal
Mohd Tamimi Saregar

Wednesday, April 30, 2008

MENGAMINKAN DOA DENGAN MEMAKAI SKIRT PENDEK,SIAPA YANG PATUT DI PERSALAHKAN


Saya pun taklah berapa arif tentang perkara ini, sama ada boleh atau tidaknya mengaminkan doa dengan tidak menutup aurat secukupnya.Beginilah,...saya rasa pelakun yang terlibat itu niatnya suci hanya pakaiannya tak berapa kena untuk majlis tersebut.Kalau salah, siapa yang patut dipersalahkan???.Pada hemat saya yang mengambil gambar itu patut disalahkan.Mengambil gambar sengaja dengan niat untuk mempamerkan ke dalam internet kesilapan orang dan memalukan yang terlibat serta keluarga. Jika kurang sopannya mereka, mengapa tidak di beritahu saja.Apa perlunya mempamerkan kejahilan se seorang dan memberitahu dunia bahawa orang Malaysia mengaminkan doa dengan memakai skirt pendek.
Berapa kah haraganya yang patut kamu bayar atas kecelaan ini?.Carilah pendekatan yang lebih berharmoni dari segi setiakawan dan dari segi agama.Saya berharap Biro Agama persatuan persatuan anak2 seni ini, berfungsilah .........amin

HANG MOKHTAR BERSAMA USTAZ ASRI RABBANI


Bersama Utz Asri Rabbani di Putra Jaya. 27/04 /2008

Monday, April 28, 2008

LOBAI HANG MOKHTAR DI GADEK


Performed at KIK reunion party in Gadek (the place where I was born).just after solat Maghrib and no time for me to change .The songs still humorous as ever

Friday, April 25, 2008

KERANA ITU ( BECAUSE OF THAT...)


Kerana itu mendatangkan banyak masaalah
Kerana itu buat kita berpecah belah
Kerana itu suami isteri berbalah
Kerana itu fikiran menjadi resah

Kerana itu perasaan tak tentu arah
Dari mata ke hati dan terus signal ke bawah
Kerana itu akan membawa padah
Kerana itu duduk berdiri tak tentu arah

Oh oh kerana itu
oh oh kerana itu



Kerana itu yang berserban ramai kecundang
Kerana itu ramai juga yang masuk ke dalam
Kerana itu ramai yang tak boleh tahan
Kerana itu ramai yang sanggup di rotan

Kerana itu ramai yang sanggup curi makan
Kerana itu perundingan boleh di selesaikan
Kerana itu ramai yang akan kekerasan
Kerana itu tidur pun akan kerimasan

Oh oh kerana itu
oh oh kerana itu

Kerana itu ada yang hilang kuasa
Kerana itu ada yang berpura pura
Kerana itu ada yang hilang nyawa
Kerana itu pun ada yang hidup terseksa


Kerana itu menjadi penutup bualan
Kerana itu topic yang tak boleh di selesaikan
Kerana itu jangan kita salah gunakan
Kerana itu menjadi tradisi keturunan.

oh oh kerana itu
oh oh kerana itu..................fade
........Kalau kahwin dua kerana itu ke kerana ini..............he he he he he eh..........





Lirik/song: Hang Mokhtar

JOGET MAK DATIN



Mak Datin marilah
Usah duduk termenung
Marilah ku dendang lagu melepas binggung
Mak Datin marilah usah bimbang di hati
Marilah berjoget lepas geram di hati

Apa guna Datin termenung
Kerana di madu Datin tidur tak lena
Walau air mata turun mengunung
Datuk pun sudah terkawin dua
Jangan di marah jangan si sapa
kelak Datuk tidur tak lena
Doakan saja dia bahgia
Kerana mampu dan masih bertenaga

Selamat pengantin baru Datuk
Bak pinang di belah dua
Mesti berlaku adil
Pandai bagikan masa
music
Mak Datin marilah
Mari kita berdendang
Lupakan derita Datin tetap pertama
Mak Datin marilah saya nyanyikan lagu
Lagunya pun senang
Lagu tak mahu di madu

Apa guna Datin merungut
Kelak cepat kulit Datin berkedut
Apalah Datin risaukan
Harta Datuk banyak tak habis makan
Terimalah saja hakikat dunia
Drebar lori pun kadang kawin tiga
Ini kan pula Datuk yang kaya
Tentu sekali berupaya

Kalau menonton TV
Hindarkan drama Melayu
Nanti Datuk berkenan
Jadi ulat bulu

Perempuan zaman sekarang
Tak kesah Datuk tua
Asal hidup senang lenang
banglo dua tiga

Perempuan zaman sekarang
Tak kesah Datuk tua
Asal Datuk kuat
Saperti Power Ranger.


Lyric/song by Hang Mokhtar.

*Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Azharina & Datuk Sukri semoga jodoh berpanjangan.(Gambar ini tidak ada kena mengena dengan lirik ini hanya gambar hiasan sahaja.)

Thursday, April 24, 2008

TERKENANG SEMASA DULU


Terkenang semasa dulu
Waktu Jepun perintah Tanah Melayu
Hari hari makan ubi kayu
Badan gemuk tidak menentu

Dalam tahun 41
Jepun landing kat Kota Bahru
Orang Kelantan semua berbulu
Kerana Jepun bom kilang budu
chorus
Mengikut sejarah yang ada
Jepun sampai di negeri Melaka
Dia ingat Hang Tuah ada
Untung Hang Mokhtar tiba
chorus
Terbayang diruang mata
Waktu Jepun hidup terseksa
Jepun ingat nak jadi raja
Untung mat Salleh tiba

Terkenang semasa dulu
Kalau di kenang hatiku sayu
Makan minum tidak menentu
Ingat-ingat duhai bangsaku

Jangan pula lupakan sejarah
Kerana ia petunjuk arah
Jangan leka dibuai masa
Nanti Melayu hanya tinggal nama

Terkenang semasa dulu
Waktu Jepun perintah Tanah Melayu
Kalau di kenang hati ku sayu
Ingatlah wahai bangsaku.

Lirik: Hang Mokhtar

Wednesday, April 23, 2008

MARI DENGAR CERITA


Mari tuan2 dengar ini cerita
Kisah2 politik di negara kita
Pilihan raya selesai sudah
Tetapi mereka banyak masaalah

Di Perlis memang barisan yang menang
Menteri Baesarnya supposed to be Shahidah
Ini memang Pak Lah punya cadangan
Apakan daya tidak di perkenankan

Di Kedah pembakang menang hai dengan bergaya
BN dah tak tahan dan tidak terdaya
Rakyat di Kedah nak cuba tukar rasa
Depa pangkah PAS dari pangkah NERACA

Di Perak pula pembangkan pun menang juga
Tapi bermasaalah siapa nak jadi ketua
Mereka berpakat selesai kiri dan kanan
Pilih yang mana akan di perkenankan

Di Selangor pun pembangkang menang lagi
Setelah selesai timbul pula isu babi
Khir Toyo tak mengaku dia yang luluskan
Masa memerintah hanya kilang arak di tepi jalan

Di Negeri Sembilan tiada apa nak di ceritakan
Walau hilang kerusi BN masih bertahan
Isu babi semuanya dah sejuk
Pasal boss dahulu dah masuk peti sejuk

Melaka dan Johor memang gudang BARISAN
Di calunkan siapa pun BN boleh menang
Tapi BN pun mesti berjaga2
Pasal pembakang mula meneroka.

Di Pahang pula tidak mempunyai cerita
Hanya menteri lama tak di lantik semula
Yang dapat timbalan pun menolak jawatan
Apa sebabnya allah hualam

Di Terangganu punyai problem sendiri
Menteri Besarnya Pak Lah kata tak perlu ganti
Apakan daya Md Said bersuara
Akhir akhirnya dia Menteri Besarnya

Pas macam biasa menguasai Kelantan
Walau pun duit di tabur juta jutaan
Kehebatan Tok guru tiada tandingan
Tiada siapa yang boleh lawan

Tiba tiba pula Mahadhir bersuara
Menyuruh Pak Lah berhenti kerja
Pak lah diam tak kata apa2
Masa dia pun 2 x 5

Masa Mahadhir sorang pun tak berani cakap
Salah cakap nanti ramai masuk lokap
Masa Pak semua berani bersuara
Pasal Pak Lah selalu terlena

Kepada rakyat semua ingin saya berpesan
Kuasa sekarang didalam kita punya tangan
Yang makan rasuah kita turunkan
Yang bengkang bengkuk sama kita luruskan


.........................bukan saya kata depa kata he he ehe he

Monday, April 21, 2008

POLITICAL LYRICS WANTED

PADA SIAPA YANG BOLEH MENULIS POLITICAL LYRIC YANG HUMOR SILAKAN DAN JIKA TERPILIH ADA PEMBAYARAN.CEPAT! CEPAT! CEPAT!

Sunday, April 20, 2008

BERSAMA ROMBONGAN KBN DI BURMA 1974


Bersama yang masih ingat:Datuk Rahim Razali,Hang Mokhtar
Berdiri: Fauzi Abdullah,Noriah,Hail Amir,Herman Toro,Ani,Rashid Taib,Usop,Sukarni Jaafar

BERSAMA SUKARNI JAAFAR


Bersama Sukarni Jaafar

Wednesday, April 16, 2008

TUHAN TAHU SEGALANYA

Mengapa kau berebut kuasa
Sedangkan kita dikuasai Tuhan
Mengapa mesti berpura pura
Tuhan tahukan kebenaran
Mengapa kutuk mencerca
Jika kuasa jadi idaman
Sesudah kau berkuasa
Terlupa terus larangan Tuhan
Untuk hidup seumur manusia
Kita tak perlu juta jutaan
Tapi bila peluang di depan mata
Hilang rasa pertimbangan
Mana kau tahu peritnya hidup
Kerana kau hidup atas biayaan
Sedikit perit tak kau rasakan
Jika barang mahal di pasaran

Mengapa tidak diagih agihkan
Segala apa yang tuhan taburkan
Jangan pula memilih kasta
Kami juga memerlukan
Sampai bila hidupkan aman
Tolonglah kau fikir fikirkan
Kami yang ada di bawah
Rindukan kedamaian.

Olih:Hang Mokhtar
16.04.08.

Thursday, April 10, 2008

ADIK NINI


Masih ada kesempatan lagi untuk kita mendoakan kepulangan adik NINI kepangkuan keluarga.

Wednesday, April 9, 2008

ALOR GAJAH SECONDARY ENGLISH SCHOOL FORM 5B 1965

BACK ROW:
Rashid Othman, Ramli Husin, Malik Daud, Malik Baba, Saadon Joned, Alias Md Nor, Md Derus Endin, Mokhtar Latiff(Hang Mokhtar), Manaf Latiff, Annuar Abu Samah, Sani.
CENTRE:
Fatimah Hasyim, Cik Tom, (Forgotten), Bashrah, Sri Dewi, Azizah Yusuf, K. Jaya, Thavamani, Molek Yasin, Mariam Yusuf, Helmiah, Rokiah Hashim, Zabedah.
SITTING:
Marcia Marchado, Mrs. Tan Beng Wan, (Forgotten), Ustaz Saad, Cikgu Puteh, Mr. Subramaniam, Ustaz Ismail, (Forgotten), (Forgotten), Peter Yong, Shaari Jantan.

DI MANA ANDA CUBA CONTACT SAYA: 013 3634323 Hang Mokhtar

ALOR GAJAH ENGLISH SCHOOL STD 3 A 1957

I try to remember their names (Testing my memory)
BACK ROW:
Hamzah, Awalludin, Wan Shariff, Md Noh Yassin, Manaf Latiff, Bakri Talib, Halim, Yunus, Md Nor Hasan, ...?.., ...?.., Mustakim, Mokhtar Latiff (Hang Mokhtar), Norman, Baharuddin, Hamzah, Aziz Yusuf, Md Nor.
CENTRE ROW:
Ramaya, Lim Peng Hua, Saruddin Conel, Yahya Jaalam, Osman Husin, Isaac Wellington, Amir Miri, Md Derus, Zakaria, VisunathanManaf Safa, Hamzah, Muniandy, Jaafar Tupai.
SITTING:
1)...?..., 2)...?..., 3)Shamsiah, 4)Marcia Marchado, 5)Chu Ah Moi,6.Zaitun, 7)Mr JAR Wellington, 8)Mr. Tan Beng Wan, 9) ...?..., 10)Boh Ah Moi, 11)Madhubala, 12)Azizah, Shu Lian, K. Jaya. (Thank God I still remember most of them.)