Wednesday, January 21, 2009

SEMUANYA TAK TENTU

SEMUANYA TIDAK TENTU

Hidup penuh tidak ketentuan
Dosa pahala keputusan Tuhan
Amal ibahdamu dia yang menentukan
Baik buruknya belum di pastikan

Manusia banyak membuat andaian
Kerana jahil dari pengetahuan
Jika salah kerana pengetahuan
Ada cara membuat teguran

Tak payah hebahkan kesalahan orang
Mungkin kitabnya berlainan
Kalau riak dengan amalan
Tuhan pun tahu untuk menilaikan

Amalan ibadah kita tunaikan
Ibarat tugas yang dah diwartakan
Carilah jalan yang sungguh menawan
Supaya ramai mendekati Tuhan

Kerana andaian dari manusia
Banyak yang buruk dari yang bahagia
Ini membuat tersentuhnya jiwa
Menjadi malas untuk bermesra

Ketayap belum di jadikan ukuran
Jubah juga belum menentukan
Serban juga tak menjaminkan
Pada syurga yang di idamkan

Tulus kudus pasti ada
Ilmu ibadah harus juga
Nasihatkan manusia harus berpada
Mungkin ada yang terluka...............


Hang Mokhtar-PUJ 2009

1 comment:

Omar M. Hashim (Omara) said...

Hang Mokhtar, Saya, Omara rakan lama dalam arena penerbitan album. Orang Pulau Pinang. Akhir kita jumpa di KL kami main boria.

Alhamdullilah! Bagi saya Hang Mokhtar seperti mati hidup kembali. Semalam bila mendapat berita kematian di akhbar, saya telah memanjangkan SMS kepada beberapa orang kawan seni. Ramai terkejut. Saya dan adik saya Yusof sungguh sedih, tak sangka pertemuan setahun berlalu itu merupakan kali terakhir.

Itulah, wartawan sekarang (yang muda-muda) tak peka dengan orang-orang lama. Mereka tak kenal dan tak tahu tapi nak menulis juga....

Buatkan lagu mengenai kisah ini. Saya doakan mudah-mudahan Hang Mokhtar panjang umur, murah rezeki dan teruskan perjuangan.

Lawati blog saya ini - http://mamutanjung.blogspot.com