Thursday, April 24, 2008

TERKENANG SEMASA DULU


Terkenang semasa dulu
Waktu Jepun perintah Tanah Melayu
Hari hari makan ubi kayu
Badan gemuk tidak menentu

Dalam tahun 41
Jepun landing kat Kota Bahru
Orang Kelantan semua berbulu
Kerana Jepun bom kilang budu
chorus
Mengikut sejarah yang ada
Jepun sampai di negeri Melaka
Dia ingat Hang Tuah ada
Untung Hang Mokhtar tiba
chorus
Terbayang diruang mata
Waktu Jepun hidup terseksa
Jepun ingat nak jadi raja
Untung mat Salleh tiba

Terkenang semasa dulu
Kalau di kenang hatiku sayu
Makan minum tidak menentu
Ingat-ingat duhai bangsaku

Jangan pula lupakan sejarah
Kerana ia petunjuk arah
Jangan leka dibuai masa
Nanti Melayu hanya tinggal nama

Terkenang semasa dulu
Waktu Jepun perintah Tanah Melayu
Kalau di kenang hati ku sayu
Ingatlah wahai bangsaku.

Lirik: Hang Mokhtar

1 comment:

mohd rizan baba said...

saya nak minta lagu ayo-ayo samy agar dapat disiarkan dalam laman ini.