Wednesday, April 16, 2008

TUHAN TAHU SEGALANYA

Mengapa kau berebut kuasa
Sedangkan kita dikuasai Tuhan
Mengapa mesti berpura pura
Tuhan tahukan kebenaran
Mengapa kutuk mencerca
Jika kuasa jadi idaman
Sesudah kau berkuasa
Terlupa terus larangan Tuhan
Untuk hidup seumur manusia
Kita tak perlu juta jutaan
Tapi bila peluang di depan mata
Hilang rasa pertimbangan
Mana kau tahu peritnya hidup
Kerana kau hidup atas biayaan
Sedikit perit tak kau rasakan
Jika barang mahal di pasaran

Mengapa tidak diagih agihkan
Segala apa yang tuhan taburkan
Jangan pula memilih kasta
Kami juga memerlukan
Sampai bila hidupkan aman
Tolonglah kau fikir fikirkan
Kami yang ada di bawah
Rindukan kedamaian.

Olih:Hang Mokhtar
16.04.08.

1 comment:

mohd rizan baba said...

...depa jawab

Apa hang peduli.
aku perlukan kuasa..
dengan kuasa aku akan bertambah kaya.

Apa hang peduli..
Bila aku kaya
Aku akan berkuasa..
aku akan dapatkan segalanya.

Apa hang peduli..
Kalau negara tak aman
Aku akan membawa diri,
jauh dari perantauan
selamat tinggal...semua.
Binalah kedamaian kamu sendiri..